Monday, February 2, 2015

SERAHAN BANTUAN TABUNG BANJIR KOPCJ



Serahan bantuan sebanyak RM2000 kepada 6 orang adik beradik yang kematian ibu bapa akibat lemas dalam banjir di Kemaman baru baru ini. Bantuan telah disampaikan oleh En Isahak Bin Abdul Manaf wakil KOPCJ di Kemaman.


Wajah Anak Anak Pasangan Mati Lemas di Kemaman ( 2 Gambar) | KEMAMAN 27 Dis.-Wajah enam orang anak pasangan suami isteri, Suhaimi Awang, 37 dan Nur Hayati Sulong, 37 yang lemas dihanyut banjir selepas bot yang mereka naiki bersama-sama tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain terbalik selepas terperangkap dalam pusaran air ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan di SK Geliga pada Rabu lalu.

Anak-anak pasangan itu adalah Nor Syafiqah Syahira,12 Nor Izzah Insyirah,11 Muhammad Irfan Irsyad,9 Nor Intisar Iedikar,6 Muhammad Aqil Amsyar,4 dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan.




Wajah soleh dan solehah.. Semoga mereka terus tabah dan menjadi anak yang baik dan berguna.. Amiin..