Friday, October 31, 2014

HEBAHAN TAWARAN KEAHLIAN

TUAN/PUAN

TAWARAN MENJADI AHLI KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR
KUALA LUMPUR BERHAD (KOPCJ)
Salam semua warga bekas pelajar ITM Johor
Untuk makluman Tuan/Puan, satu mesyuarat Agung penubuhan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad(KOPCJ) telah berjaya di adakan di Auditorium PNS, Bangsar South, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2013 dan dihadiri oleh 57 bekas pelajar ITM Johor.
Susulan dari mesyuarat Agung Penubuhan tersebut, persetujuan diperolehi dari kesemua yang hadir untuk meneruskan proses penubuhan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad.
Di dalam mesyuarat Agung penubuhan tersebut, dua belas orang Ahli Lembaga Koperasi serta dua orang juruodit telah dilantik untuk menguruskan perjalanan Koperasi. Senarai nama Ahli Lembaga dan Juruodit adalah seperti berikut :-

Pengerusi - En Shazali Bin Jani
Timbalan Pengerusi - En Izdihar Bin Mostaman
Setiausaha 1 - En Mohd Jamil Bin Ali
Setiausaha 2 - Pn Suharti Bt Hamzah
Bendahari - En Hidzir Bin Hashim

Ahli Jawatankuasa :-

En Ismail Bin Mohd Yassin
En Mohd Yusof Bin Ahmed
En Abdul Wahab Bin Osman
En Mohd Fadzli Bin Nan
En Mohamed Amir Bin Aziz
En Md Azraie Bin Hj Awang
Pn Marlia Bt Abdul Majid

Juruodit
1. En Mohd Fahmi Bin Hashim
2. En Musdi Bin Ismail

Tujuan Penubuhan
KOPCJ ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan ahli disamping mengeratkan ukhuwah di kalangan bekas pelajar ITM Johor dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTMCJ yang baru ditubuhkan. Ahli merupakan pengguna yang akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOPCJ.
Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah
Pelaburan dalam bidang hartanah dan saham terpilih.
• Perniagaan runcit dan dobi.
• Perniagaan restoran.
Bagi menjayakan aktiviti KOPCJ yang telah dirancangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah, KOPCJ membuka tawaran kepada semua bekas pelajar ITM Johor untuk menjadi Ahli KOPCJ.
Bayaran pendaftaran adalan RM20.00(sekali seumur hidup)
Langganan saham minimum adalan RM100.00 (untuk seratus unit syer).
Sumbangan bulanan sebanyak RM20.00 (berkelayakan untuk dividen).

Oleh itu, sekiranya anda adalah bekas pelajar ITM Johor atau ahli keluarga terdekat(pasangan, anak) dan berumur 18 tahun ke atas, anda adalah layak untuk menjadi ahli KOPCJ. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan serta boleh dimuaturun dari laman blogspot KOPCJ di http://kopcj.blogspot.com dan hantarkan kepada setiausaha KOPCJ atau mana-mana Ahli Lembaga Koperasi yang disenaraikan sebelum 31 Disember 2014.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada Tuan/Puan yang telah mendaftar secara online di dalam laman blogspot di atas sebagai ahli KOPCJ. Walaubagaimanapun Tuan/Puan diharap dapat menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM20.00 dan syer minimum RM100.00 bagi membolehkan permohonan Tuan/Puan diproses. Bayaran boleh dibuat melalui akaun no berikut :-

Nama Bank /Akaun : CIMB (KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR KUALA LUMPUR BERHAD)
No akaun :8007002807

Bagi Tuan/Puan yang telah membuat bayaran, pihak KOPCJ mengucapkan ribuan terimakasih dan tahniah kerana telah menjadi ahli KOPCJ

Tuan/Puan juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari link berikut http://kopcj.blogspot.com ataupun facebook/groups/kopcj

Inilah masanya kita mempraktikkan ILMU yang telah dipelajari di ITM dulu untuk menaikkan taraf Sosio Ekonomi Melayu dengan menjayakan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad (KOPCJ) !!.

En Shazali Bin Jani
Pengerusi, Ahli Lembaga Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad (KOPCJ)
posted from Bloggeroid

SIJIL PERAKUAN SKM DAN SIJIL ANGGOTA ANGKASA




posted from Bloggeroid

SOALAN LAZIM FAQ

1. Apakah Nama koperasi ?
Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad singkatannya KOPCJ.

2. Bilakah Koperasi ditubuhkan?
KOPCJ ditubuhkan pada 7 Februari 2014. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi kelulusan secara rasmi kepada pendaftaran KOPCJ pada 7 Februari 2014. Ini bermakna KOPCJ dibenarkan beroperasi secara rasmi pada 7 Februari 2014.

3. Apakah no sijil pendaftaran KOPCJ?
No sijil pendaftaran Koperasi ialah: W-6-0929

4. Siapakah Penaung KOPCJ?
Penaung KOPCJ bakal ditawarkan kepada Rektor UiTM Johor

5. Berapa orangkah penasihat KOPCJ dan siapakah mereka?
Penasihat KOPCJ adalah Tuan Shazali Bin Jani merangkap Pengerusi Lembaga KOPCJ.

6. Berapa ramaikah ahli KOPCJ setakat ini?
KOPCJ sehingga kini ( Oktober 2014) mempunyai lebih 60 orang ahli yang memohon dan 36 ahli berbayar dan dari semasa ke semasa semakin bertambah.

7. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli KOPCJ?
Keahlian KOPCJ terbuka kepada semua bekas pelajar ITMatau UiTM Cawangan Johor dan pasangan.

10. Berapakah yuran pendaftaran koperasi ini?
Yuran pendaftaran koperasi ini ialah sebanyak RM20.

11. Berapakah jumlah saham pelaburan minimum dalam koperasi ini?
Saham pelaburan minimum dalam koperasi ini ialah sebanyak RM100.

12. Apakah seseorang ahli koperasi ini dibenarkan menambah saham pelaburan?
Setiap ahli koperasi dibenarkan menambah saham pelaburannya tetapi tidak melebihi daripada 20 peratus saham terkumpul pada satu-satu masa.

13. Berapakah jumlah ahli Lembaga koperasi?
12 orang

14.Siapakah yang mengetuai Lembaga koperasi ini?
Seorang pengerusi dan pada masa ini Pengerusi koperasi ini ialah Tuan Shazali Bin Jani

15.Apakah faedah-faedah menyertai koperasi ini?
Faedah-faedah:
1. Boleh membuat tabungan/simpanan
2. Boleh membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
2. Simpanan ahli-ahli akan dikumpulkan dan dijadikan modal terkumpul untuk koperasi ini menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi dan perniagaan.
3. Sekiranya koperasi mendapat keuntungan besar, ahli akan dibayar dividen dan bonus.
4. Ahli boleh mengambil bahagian dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi ini.
5. Reunion akan diadakan setiap tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
6. Memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan lepada ahli-ahli dan anak-anak ahli.
7. Mengukuhkan ukhuwah dan menjalankan aktiviti kebajikan (CSR) seperti melakukan ziarah ahli yang sakit.
8. Mendapat sokongan pembiayaan dan khidmat nasihat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
9. Bergabung dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan |Malaysia (ANGKASA)
10. Khairat Kematian. (akan diperkenalkan)
11. Pakej Umrah dan Haji (akan diperkenalkan)
12. Koperasi menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli yang layak.(akan diperkenalkan)

16. Apakah projek-projek yang dirancang oleh koperasi ini?
Koperasi merancang membuat pelaburan dalam bidang perdagangan seperti membuka stesen minyak, menceburi bidang pelancongan dan hotel, hartanah, peruncitan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan pembersihan, IKS, iklan dan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpotensi. Semua kegiatan ekonomi itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi.

17. Bagaimana mahu mengikuti perkembangan koperasi?
Ahli-ahli koperasi boleh mengikuti perkembangan koperasi melalui laman web koperasi dengan mengakses ke laman web www.kopcj.blogspot.com atau di FB www.facebook.com/groups/kopcj

posted from Bloggeroid

Thursday, October 30, 2014

ACARA SEMBANG TEH TARIK FINALE KOPCJ-OPPO MALAYSIA CUP

Jemputan ke sessi teh tarik rakan2 ITMCJ sempena Piala Malaysia finale JDT vs Pahang. Restoran Hakim Jalan Kristal J7 / 7
Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor
http://goo.gl/maps/fPE3A
Sabtu 1 Nov 2014 starting 630pm till 2am. Sila nyatakan persetujuan anda utk penempahan tempat duduk. Luaskan KuasaMu KopCJ. Sebarkan kepada kawan-kawan.




posted from Bloggeroid

Saturday, October 25, 2014

MESYUARAT LEMBAGA KOPCJ BIL 3/2014

Antara Lembaga KOPCJ yang hadir ialah Shazali, Azraie, Ismail, Hidzir, Jamil dan Izdihar


posted from Bloggeroid