Friday, October 31, 2014

SOALAN LAZIM FAQ

1. Apakah Nama koperasi ?
Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad singkatannya KOPCJ.

2. Bilakah Koperasi ditubuhkan?
KOPCJ ditubuhkan pada 7 Februari 2014. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi kelulusan secara rasmi kepada pendaftaran KOPCJ pada 7 Februari 2014. Ini bermakna KOPCJ dibenarkan beroperasi secara rasmi pada 7 Februari 2014.

3. Apakah no sijil pendaftaran KOPCJ?
No sijil pendaftaran Koperasi ialah: W-6-0929

4. Siapakah Penaung KOPCJ?
Penaung KOPCJ bakal ditawarkan kepada Rektor UiTM Johor

5. Berapa orangkah penasihat KOPCJ dan siapakah mereka?
Penasihat KOPCJ adalah Tuan Shazali Bin Jani merangkap Pengerusi Lembaga KOPCJ.

6. Berapa ramaikah ahli KOPCJ setakat ini?
KOPCJ sehingga kini ( Oktober 2014) mempunyai lebih 60 orang ahli yang memohon dan 36 ahli berbayar dan dari semasa ke semasa semakin bertambah.

7. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli KOPCJ?
Keahlian KOPCJ terbuka kepada semua bekas pelajar ITMatau UiTM Cawangan Johor dan pasangan.

10. Berapakah yuran pendaftaran koperasi ini?
Yuran pendaftaran koperasi ini ialah sebanyak RM20.

11. Berapakah jumlah saham pelaburan minimum dalam koperasi ini?
Saham pelaburan minimum dalam koperasi ini ialah sebanyak RM100.

12. Apakah seseorang ahli koperasi ini dibenarkan menambah saham pelaburan?
Setiap ahli koperasi dibenarkan menambah saham pelaburannya tetapi tidak melebihi daripada 20 peratus saham terkumpul pada satu-satu masa.

13. Berapakah jumlah ahli Lembaga koperasi?
12 orang

14.Siapakah yang mengetuai Lembaga koperasi ini?
Seorang pengerusi dan pada masa ini Pengerusi koperasi ini ialah Tuan Shazali Bin Jani

15.Apakah faedah-faedah menyertai koperasi ini?
Faedah-faedah:
1. Boleh membuat tabungan/simpanan
2. Boleh membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
2. Simpanan ahli-ahli akan dikumpulkan dan dijadikan modal terkumpul untuk koperasi ini menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi dan perniagaan.
3. Sekiranya koperasi mendapat keuntungan besar, ahli akan dibayar dividen dan bonus.
4. Ahli boleh mengambil bahagian dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi ini.
5. Reunion akan diadakan setiap tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
6. Memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan lepada ahli-ahli dan anak-anak ahli.
7. Mengukuhkan ukhuwah dan menjalankan aktiviti kebajikan (CSR) seperti melakukan ziarah ahli yang sakit.
8. Mendapat sokongan pembiayaan dan khidmat nasihat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
9. Bergabung dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan |Malaysia (ANGKASA)
10. Khairat Kematian. (akan diperkenalkan)
11. Pakej Umrah dan Haji (akan diperkenalkan)
12. Koperasi menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli yang layak.(akan diperkenalkan)

16. Apakah projek-projek yang dirancang oleh koperasi ini?
Koperasi merancang membuat pelaburan dalam bidang perdagangan seperti membuka stesen minyak, menceburi bidang pelancongan dan hotel, hartanah, peruncitan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan pembersihan, IKS, iklan dan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpotensi. Semua kegiatan ekonomi itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi.

17. Bagaimana mahu mengikuti perkembangan koperasi?
Ahli-ahli koperasi boleh mengikuti perkembangan koperasi melalui laman web koperasi dengan mengakses ke laman web www.kopcj.blogspot.com atau di FB www.facebook.com/groups/kopcj

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment