Monday, December 29, 2014

TABUNG BANJIR KOPCJ



Slm. Saudara/saudari.
Saudara kita di beberapa negeri sedang mengalami bencana alam. Kita tiada daya utk membantu secara fizikal ke sana. Walau bagaimana pun kita berupaya utk membantu dari segi sumbangan wang ringgit kpd saudara kita di sana. Insyaallah Allah Maha Melihat sumbangan kita semoga diredhaiNya.
Ahli Lembaga KOPCJ dengan rendah hati melancarkan kutipan derma melalui "Tabung Banjir KOPCJ" yang bermula pada 26 Disember sehingga 31 Disember 2014.
Sumbangan bole disalurkan melalui akaun KOPCJ.
Moga Allah meredhai usaha kita melalui Projek CSR ini. Mohon semua ahli mewarwarkan kepada ahli yg lain.

Bank in sumbangan anda ke:-
CIMB 8007002807 KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR KUALA LUMPUR BHD

Setiausaha KOPCJ

Friday, November 7, 2014

MALAYSIA MAMPU JADI NEGARA KUASA KOPERASI DUNIA

Dipetik dari:
Bernama | Kemas kini: Februari 26, 2013
(Diterbitkan pada: Februari 26, 2013 20:40 MYT)




KUALA LUMPUR: Malaysia mampu muncul sebagai negara kuasa koperasi dunia sekiranya penggiat industri itu melaksanakan sistem tadbir urus yang mantap, unggul, sistematik, berintegriti tinggi dan bina upaya yang kukuh serta mampu bersaing di peringkat global.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata tidak mustahil untuk Malaysia muncul sebagai kuasa koperasi dunia jika semua koperasi yang ada, khususnya yang sudah berdaya saing, mempunyai keupayaan untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa seperti negara-negara maju.

Nik Ali yang menggantikan Datuk Md Yusof Samsudin sejak 21 Jan lepas, menyuarakan keyakinan beliau bahawa jika semuanya mengamalkan sistem tadbir urus yang baik, koperasi akan menjadi industri yang paling berjaya.

Dalam usaha untuk memastikan koperasi di Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa, ia perlu sentiasa menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan sedia ada seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corp.

"Matrade yang terlibat dengan program pembangunan eksport, mempromosi produk Malaysia manakala SME Corp yang mempunyai pelbagai insentif dan geran, klinik perniagaan, serta pelbagai usaha mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang boleh dikongsi bersama," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Nik Ali berkata pembangunan koperasi mestilah dipacu oleh penggiat industri manakala SKM berperanan sebagai pemudah cara yang bertujuan untuk memastikan pembangunan sektor koperasi berjalan teratur.

Beliau berkata kebanyakan koperasi di Malaysia berada dalam zon selesa, mentaliti subsidi, kebergantungan yang besar kepada kerajaan dan tidak meniru amalan terbaik koperasi-koperasi besar di dunia.

"Kita nak tingkatkan jumlah koperasi dan anggota yang berkualiti, profesional, kompeten dan "business minded". Kita tak mahu koperasi yang dominan," katanya.

Menurutnya koperasi di Malaysia perlu belajar daripada koperasi Korea, Belanda, New Zealand dan Australia, yang mempunyai koperasi yang besar, bagi membantu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Nik Ali berkata koperasi di Malaysia perlulah menanam budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan anggota lembaga pengarah, tidak pernah mengenal erti kecundang dan saling bekerjasama dengan koperasi lain melalui penggemblengan sumber, sejajar dengan visi SKM untuk melahirkan koperasi konglomerat yang mampu untuk menembusi pasaran antarabangsa dan tidak hanya menjadi jaguh kampung.

posted from Bloggeroid

KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2013

Diantara senarai koperasi yang terbaik pada tahun lepas, sempena Hari Koperasi Negara 2014 :-

KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
- koperasi ini terlibat dalam berbagai pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit

KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
- terlibat dalam aktiviti perumahan

KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti utama memberi pinjaman kepada anggota yang terdiri dari anggota tentera

KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pembangunan tanah dan pemasaran input pertanian, serta kerja kontrak

KOPERASI NLFCS BERHAD
- aktiviti perladangan

ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
- koperasi apex

KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pelaburan, hartanah dan pinjaman

Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh
International Co-operative Alliance (ICA).

posted from Bloggeroid

Saturday, November 1, 2014

KEMPEN JOM JADI AHLI KOPCJ

KEMPEN BERMULA DARI 1 OKTOBER 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2014. JADILAH YANG TERAWAL SEBAGAI PEMEGANG SYER FIRST 50. TINGGAL LAGI 14 TEMPAT SEBAGAI FIRST 50. 5 PEMEGANG SYER TERBESAR DALAM FIRST 50 AKAN MEMPEROLEHI MUG EKSKLUSIF KOPCJ .




posted from Bloggeroid



GAMBAR SEKITAR AGM PERTAMA PENUBUHAN KOPCJ

AGM Pertama KOPCJ telah berjaya di adakan di Menara PNS Bangsar South City pada 26 Oktober 2013 dan dihadiri oleh 57 orang ex ITMCJ jauh dan dekat.

Mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh En Hamzah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Perkara-perkara pokok tentang Undang Undang Kecil KOPCJ telah berjaya diputuskan pada AGM tersebut.















posted from Bloggeroid

GAMBAR GATH 88 9 JUN 2013 AMPANG POINT

Gath yg dihadiri 17 orang daripada pelbagai course ini merupakan titik tolak wujudnya KOPCJ. Di sini lah bermulanya sebuah cinta.









posted from Bloggeroid

SEMBANG TEH TARIK KOPCJ FINALE MALAYSIA CUP

Lokasi Restoran Hakim Shah Alam
Kehadiran 14 orang.
3 Ahli KOPCJ baru telah mendaftar. Tahniah Puan Hayati, Puan Zalina dan Puan Anizah.










posted from Bloggeroid


Friday, October 31, 2014

HEBAHAN TAWARAN KEAHLIAN

TUAN/PUAN

TAWARAN MENJADI AHLI KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR
KUALA LUMPUR BERHAD (KOPCJ)
Salam semua warga bekas pelajar ITM Johor
Untuk makluman Tuan/Puan, satu mesyuarat Agung penubuhan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad(KOPCJ) telah berjaya di adakan di Auditorium PNS, Bangsar South, Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2013 dan dihadiri oleh 57 bekas pelajar ITM Johor.
Susulan dari mesyuarat Agung Penubuhan tersebut, persetujuan diperolehi dari kesemua yang hadir untuk meneruskan proses penubuhan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad.
Di dalam mesyuarat Agung penubuhan tersebut, dua belas orang Ahli Lembaga Koperasi serta dua orang juruodit telah dilantik untuk menguruskan perjalanan Koperasi. Senarai nama Ahli Lembaga dan Juruodit adalah seperti berikut :-

Pengerusi - En Shazali Bin Jani
Timbalan Pengerusi - En Izdihar Bin Mostaman
Setiausaha 1 - En Mohd Jamil Bin Ali
Setiausaha 2 - Pn Suharti Bt Hamzah
Bendahari - En Hidzir Bin Hashim

Ahli Jawatankuasa :-

En Ismail Bin Mohd Yassin
En Mohd Yusof Bin Ahmed
En Abdul Wahab Bin Osman
En Mohd Fadzli Bin Nan
En Mohamed Amir Bin Aziz
En Md Azraie Bin Hj Awang
Pn Marlia Bt Abdul Majid

Juruodit
1. En Mohd Fahmi Bin Hashim
2. En Musdi Bin Ismail

Tujuan Penubuhan
KOPCJ ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang kepada anggota dalam usaha meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kebajikan ahli disamping mengeratkan ukhuwah di kalangan bekas pelajar ITM Johor dengan kerjasama Persatuan Alumni UiTMCJ yang baru ditubuhkan. Ahli merupakan pengguna yang akan mendapat kemudahan dan tawaran harga yang amat berpatutan melalui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan KOPCJ.
Dalam surat kelulusan penubuhan oleh SKM, aktiviti ekonomi yang dicadangkan adalah
Pelaburan dalam bidang hartanah dan saham terpilih.
• Perniagaan runcit dan dobi.
• Perniagaan restoran.
Bagi menjayakan aktiviti KOPCJ yang telah dirancangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah, KOPCJ membuka tawaran kepada semua bekas pelajar ITM Johor untuk menjadi Ahli KOPCJ.
Bayaran pendaftaran adalan RM20.00(sekali seumur hidup)
Langganan saham minimum adalan RM100.00 (untuk seratus unit syer).
Sumbangan bulanan sebanyak RM20.00 (berkelayakan untuk dividen).

Oleh itu, sekiranya anda adalah bekas pelajar ITM Johor atau ahli keluarga terdekat(pasangan, anak) dan berumur 18 tahun ke atas, anda adalah layak untuk menjadi ahli KOPCJ. Sila isikan borang pendaftaran yang dilampirkan serta boleh dimuaturun dari laman blogspot KOPCJ di http://kopcj.blogspot.com dan hantarkan kepada setiausaha KOPCJ atau mana-mana Ahli Lembaga Koperasi yang disenaraikan sebelum 31 Disember 2014.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada Tuan/Puan yang telah mendaftar secara online di dalam laman blogspot di atas sebagai ahli KOPCJ. Walaubagaimanapun Tuan/Puan diharap dapat menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM20.00 dan syer minimum RM100.00 bagi membolehkan permohonan Tuan/Puan diproses. Bayaran boleh dibuat melalui akaun no berikut :-

Nama Bank /Akaun : CIMB (KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR KUALA LUMPUR BERHAD)
No akaun :8007002807

Bagi Tuan/Puan yang telah membuat bayaran, pihak KOPCJ mengucapkan ribuan terimakasih dan tahniah kerana telah menjadi ahli KOPCJ

Tuan/Puan juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan melayari link berikut http://kopcj.blogspot.com ataupun facebook/groups/kopcj

Inilah masanya kita mempraktikkan ILMU yang telah dipelajari di ITM dulu untuk menaikkan taraf Sosio Ekonomi Melayu dengan menjayakan Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad (KOPCJ) !!.

En Shazali Bin Jani
Pengerusi, Ahli Lembaga Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad (KOPCJ)
posted from Bloggeroid

SIJIL PERAKUAN SKM DAN SIJIL ANGGOTA ANGKASA




posted from Bloggeroid

SOALAN LAZIM FAQ

1. Apakah Nama koperasi ?
Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad singkatannya KOPCJ.

2. Bilakah Koperasi ditubuhkan?
KOPCJ ditubuhkan pada 7 Februari 2014. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memberi kelulusan secara rasmi kepada pendaftaran KOPCJ pada 7 Februari 2014. Ini bermakna KOPCJ dibenarkan beroperasi secara rasmi pada 7 Februari 2014.

3. Apakah no sijil pendaftaran KOPCJ?
No sijil pendaftaran Koperasi ialah: W-6-0929

4. Siapakah Penaung KOPCJ?
Penaung KOPCJ bakal ditawarkan kepada Rektor UiTM Johor

5. Berapa orangkah penasihat KOPCJ dan siapakah mereka?
Penasihat KOPCJ adalah Tuan Shazali Bin Jani merangkap Pengerusi Lembaga KOPCJ.

6. Berapa ramaikah ahli KOPCJ setakat ini?
KOPCJ sehingga kini ( Oktober 2014) mempunyai lebih 60 orang ahli yang memohon dan 36 ahli berbayar dan dari semasa ke semasa semakin bertambah.

7. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ahli KOPCJ?
Keahlian KOPCJ terbuka kepada semua bekas pelajar ITMatau UiTM Cawangan Johor dan pasangan.

10. Berapakah yuran pendaftaran koperasi ini?
Yuran pendaftaran koperasi ini ialah sebanyak RM20.

11. Berapakah jumlah saham pelaburan minimum dalam koperasi ini?
Saham pelaburan minimum dalam koperasi ini ialah sebanyak RM100.

12. Apakah seseorang ahli koperasi ini dibenarkan menambah saham pelaburan?
Setiap ahli koperasi dibenarkan menambah saham pelaburannya tetapi tidak melebihi daripada 20 peratus saham terkumpul pada satu-satu masa.

13. Berapakah jumlah ahli Lembaga koperasi?
12 orang

14.Siapakah yang mengetuai Lembaga koperasi ini?
Seorang pengerusi dan pada masa ini Pengerusi koperasi ini ialah Tuan Shazali Bin Jani

15.Apakah faedah-faedah menyertai koperasi ini?
Faedah-faedah:
1. Boleh membuat tabungan/simpanan
2. Boleh membuat pelaburan melalui kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi
2. Simpanan ahli-ahli akan dikumpulkan dan dijadikan modal terkumpul untuk koperasi ini menjalankan kegiatan-kegiatan ekonomi dan perniagaan.
3. Sekiranya koperasi mendapat keuntungan besar, ahli akan dibayar dividen dan bonus.
4. Ahli boleh mengambil bahagian dalam kegiatan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi ini.
5. Reunion akan diadakan setiap tahun semasa Mesyuarat Agung Tahunan.
6. Memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan lepada ahli-ahli dan anak-anak ahli.
7. Mengukuhkan ukhuwah dan menjalankan aktiviti kebajikan (CSR) seperti melakukan ziarah ahli yang sakit.
8. Mendapat sokongan pembiayaan dan khidmat nasihat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
9. Bergabung dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan |Malaysia (ANGKASA)
10. Khairat Kematian. (akan diperkenalkan)
11. Pakej Umrah dan Haji (akan diperkenalkan)
12. Koperasi menyediakan kemudahan pinjaman kepada ahli yang layak.(akan diperkenalkan)

16. Apakah projek-projek yang dirancang oleh koperasi ini?
Koperasi merancang membuat pelaburan dalam bidang perdagangan seperti membuka stesen minyak, menceburi bidang pelancongan dan hotel, hartanah, peruncitan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan pembersihan, IKS, iklan dan pelbagai aktiviti ekonomi yang berpotensi. Semua kegiatan ekonomi itu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kewangan koperasi.

17. Bagaimana mahu mengikuti perkembangan koperasi?
Ahli-ahli koperasi boleh mengikuti perkembangan koperasi melalui laman web koperasi dengan mengakses ke laman web www.kopcj.blogspot.com atau di FB www.facebook.com/groups/kopcj

posted from Bloggeroid

Thursday, October 30, 2014

ACARA SEMBANG TEH TARIK FINALE KOPCJ-OPPO MALAYSIA CUP

Jemputan ke sessi teh tarik rakan2 ITMCJ sempena Piala Malaysia finale JDT vs Pahang. Restoran Hakim Jalan Kristal J7 / 7
Seksyen 7 40000 Shah Alam Selangor
http://goo.gl/maps/fPE3A
Sabtu 1 Nov 2014 starting 630pm till 2am. Sila nyatakan persetujuan anda utk penempahan tempat duduk. Luaskan KuasaMu KopCJ. Sebarkan kepada kawan-kawan.




posted from Bloggeroid

Saturday, October 25, 2014

MESYUARAT LEMBAGA KOPCJ BIL 3/2014

Antara Lembaga KOPCJ yang hadir ialah Shazali, Azraie, Ismail, Hidzir, Jamil dan Izdihar


posted from Bloggeroid