LATARBELAKANG

LATARBELAKANG KOPCJ
Koperasi ITMCJ (KOPCJ) ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pelajar ITM Cawangan Johor Batch 88~92. Pada awalnya idea penubuhan bermula melalui group whatsapp dan kemudiannya melalui Gath 88 pada 9 Jun 2013 yang dihadiri oleh seramai 17 orang di Ampang Point. Jawatankuasa Penaja Koperasi ini telah diwujudkan pada Gath 88 yang bersejarah itu. Jawatankuasa Penaja ini kemudiannya telah bertindak untuk mengumpulkan rakan seterusnya mendaftarkan permohonan secara online kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 
SKM telah meluluskan permohonan ini atas nama Koperasi Bekas Pelajar ITM Johor Kuala Lumpur Berhad atau ringkasannya KOPCJ  (Nombor Pendaftaran Koperasi W-4-0929). Pada 26 Oktober 2013 Mesyuarat Agung Penubuhan KOPCJ telah diadakan dan dihadiri oleh seramai 57 orang di Auditorium Menara PNS Bangsar South City. Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi telah diperakukan pada tarikh 7 Februari 2014. KOPCJ juga telah menjadi ahli ANGKASA pada 6 Mei 2014. Pejabat Operasi KOPCJ beralamat di No 27 Tingkat 2 Jalan Tasik Utama 8, Medan Niaga Tasik Damai, Sg Besi 57000 Kuala Lumpur. Tel; 03-90554055  dan Fax: 03-90553055.

No comments:

Post a Comment