Monday, February 2, 2015
SERAHAN BANTUAN TABUNG BANJIR KOPCJ
Serahan bantuan sebanyak RM2000 kepada 6 orang adik beradik yang kematian ibu bapa akibat lemas dalam banjir di Kemaman baru baru ini. Bantuan telah disampaikan oleh En Isahak Bin Abdul Manaf wakil KOPCJ di Kemaman.
Wajah Anak Anak Pasangan Mati Lemas di Kemaman ( 2 Gambar) | KEMAMAN 27 Dis.-Wajah enam orang anak pasangan suami isteri, Suhaimi Awang, 37 dan Nur Hayati Sulong, 37 yang lemas dihanyut banjir selepas bot yang mereka naiki bersama-sama tiga anggota bomba dan tiga mangsa banjir lain terbalik selepas terperangkap dalam pusaran air ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan di SK Geliga pada Rabu lalu.
Anak-anak pasangan itu adalah Nor Syafiqah Syahira,12 Nor Izzah Insyirah,11 Muhammad Irfan Irsyad,9 Nor Intisar Iedikar,6 Muhammad Aqil Amsyar,4 dan Nor Adifa Arissa, 4 bulan.

Wajah soleh dan solehah.. Semoga mereka terus tabah dan menjadi anak yang baik dan berguna.. Amiin..
Friday, January 2, 2015
Monday, December 29, 2014
TABUNG BANJIR KOPCJ
Slm. Saudara/saudari.
Saudara kita di beberapa negeri sedang mengalami bencana alam. Kita tiada daya utk membantu secara fizikal ke sana. Walau bagaimana pun kita berupaya utk membantu dari segi sumbangan wang ringgit kpd saudara kita di sana. Insyaallah Allah Maha Melihat sumbangan kita semoga diredhaiNya.
Ahli Lembaga KOPCJ dengan rendah hati melancarkan kutipan derma melalui "Tabung Banjir KOPCJ" yang bermula pada 26 Disember sehingga 31 Disember 2014.
Sumbangan bole disalurkan melalui akaun KOPCJ.
Moga Allah meredhai usaha kita melalui Projek CSR ini. Mohon semua ahli mewarwarkan kepada ahli yg lain.
Bank in sumbangan anda ke:-
CIMB 8007002807 KOPERASI BEKAS PELAJAR ITM JOHOR KUALA LUMPUR BHD
Setiausaha KOPCJ
Friday, November 7, 2014
MALAYSIA MAMPU JADI NEGARA KUASA KOPERASI DUNIA
Dipetik dari:
Bernama | Kemas kini: Februari 26, 2013
(Diterbitkan pada: Februari 26, 2013 20:40 MYT)
KUALA LUMPUR: Malaysia mampu muncul sebagai negara kuasa koperasi dunia sekiranya penggiat industri itu melaksanakan sistem tadbir urus yang mantap, unggul, sistematik, berintegriti tinggi dan bina upaya yang kukuh serta mampu bersaing di peringkat global.
Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata tidak mustahil untuk Malaysia muncul sebagai kuasa koperasi dunia jika semua koperasi yang ada, khususnya yang sudah berdaya saing, mempunyai keupayaan untuk menembusi pasaran serantau dan antarabangsa seperti negara-negara maju.
Nik Ali yang menggantikan Datuk Md Yusof Samsudin sejak 21 Jan lepas, menyuarakan keyakinan beliau bahawa jika semuanya mengamalkan sistem tadbir urus yang baik, koperasi akan menjadi industri yang paling berjaya.
Dalam usaha untuk memastikan koperasi di Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa, ia perlu sentiasa menjalin kerjasama erat dengan agensi kerajaan sedia ada seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corp.
"Matrade yang terlibat dengan program pembangunan eksport, mempromosi produk Malaysia manakala SME Corp yang mempunyai pelbagai insentif dan geran, klinik perniagaan, serta pelbagai usaha mempromosikan barangan dan perkhidmatan yang boleh dikongsi bersama," katanya dalam temu bual dengan Bernama.
Nik Ali berkata pembangunan koperasi mestilah dipacu oleh penggiat industri manakala SKM berperanan sebagai pemudah cara yang bertujuan untuk memastikan pembangunan sektor koperasi berjalan teratur.
Beliau berkata kebanyakan koperasi di Malaysia berada dalam zon selesa, mentaliti subsidi, kebergantungan yang besar kepada kerajaan dan tidak meniru amalan terbaik koperasi-koperasi besar di dunia.
"Kita nak tingkatkan jumlah koperasi dan anggota yang berkualiti, profesional, kompeten dan "business minded". Kita tak mahu koperasi yang dominan," katanya.
Menurutnya koperasi di Malaysia perlu belajar daripada koperasi Korea, Belanda, New Zealand dan Australia, yang mempunyai koperasi yang besar, bagi membantu dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Nik Ali berkata koperasi di Malaysia perlulah menanam budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan anggota lembaga pengarah, tidak pernah mengenal erti kecundang dan saling bekerjasama dengan koperasi lain melalui penggemblengan sumber, sejajar dengan visi SKM untuk melahirkan koperasi konglomerat yang mampu untuk menembusi pasaran antarabangsa dan tidak hanya menjadi jaguh kampung.

posted from Bloggeroid
KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2013
Diantara senarai koperasi yang terbaik pada tahun lepas, sempena Hari Koperasi Negara 2014 :-
KOPERASI PERMODALAN FELDA MALAYSIA BERHAD
- koperasi ini terlibat dalam berbagai pelaburan bernilai berjuta-juta ringgit
KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
- terlibat dalam aktiviti perumahan
KOPERASI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti utama memberi pinjaman kepada anggota yang terdiri dari anggota tentera
KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pembangunan tanah dan pemasaran input pertanian, serta kerja kontrak
KOPERASI NLFCS BERHAD
- aktiviti perladangan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
- koperasi apex
KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD
- aktiviti pelaburan, hartanah dan pinjaman
Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai Koperasi Terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh
International Co-operative Alliance (ICA).

Saturday, November 1, 2014
KEMPEN JOM JADI AHLI KOPCJ
KEMPEN BERMULA DARI 1 OKTOBER 2014 HINGGA 31 DISEMBER 2014. JADILAH YANG TERAWAL SEBAGAI PEMEGANG SYER FIRST 50. TINGGAL LAGI 14 TEMPAT SEBAGAI FIRST 50. 5 PEMEGANG SYER TERBESAR DALAM FIRST 50 AKAN MEMPEROLEHI MUG EKSKLUSIF KOPCJ .
posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
GAMBAR SEKITAR AGM PERTAMA PENUBUHAN KOPCJ
AGM Pertama KOPCJ telah berjaya di adakan di Menara PNS Bangsar South City pada 26 Oktober 2013 dan dihadiri oleh 57 orang ex ITMCJ jauh dan dekat.
Mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh En Hamzah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Perkara-perkara pokok tentang Undang Undang Kecil KOPCJ telah berjaya diputuskan pada AGM tersebut.
Mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh En Hamzah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Perkara-perkara pokok tentang Undang Undang Kecil KOPCJ telah berjaya diputuskan pada AGM tersebut.
posted from Bloggeroid
Subscribe to:
Posts (Atom)